Wednesday 6 August 2014

Kesalahan Umum Tatabahasa




KESALAHAN PENGGUNAAN KATA
  1. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri
  2. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan
  3. Kesalahan dalam Penjodoh Bilangan
  4. Kesalahan dalam Kata Sendi
  5. Kesalahan dalam Kata Kerja
  6. Kesalahan dalam Kata Hubung
  7. Kesalahan dalam Perbendaharaan Kata
  8. Kesalahan dalam Penggunaan Hukum D-M

1. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri

       Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang 
       tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.

Contoh :
  1. kata ganti diri orang pertama: saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan hamba.
  2. Kata ganti diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku, dan dikau.
  3. Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.

        Antara kata-kata ganti diri ini, ada yang membawa maksud tunggal (satu)            dan ada yang membawa maksud jamak (lebih daripada satu). Setiap kata            ganti diri mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan.

1.1) Contoh Kesalahan.



  • Beliau ditangkap kerana mencuri. (salah)
  • Dia ditangkap kerana mencuri. (betul)

Analisis :

Kata beliau hanya boleh digunakan khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, pegawai, menteri dan sebagainya.


1.2 ) Contoh Kesalahan.



Analisis :

Kata ganti diri ketiga mereka sudah menyatakan pengertian jamak.
Oleh itu tidak sesuai kata mereka dijamakkan lagi menjadi mereka-mereka.

1.3) Contoh Kesalahan.



  • Kasut ini mahal. Ia diimport dari Perancis. (salah).
  • Kasut ini mahal. Kasut ini diimport dari Perancis. (betul) atau
  • Kasut ini mahal kerana diimport dari Perancis. (betul)

Analisis :

Kata ganti diri boleh digunakan hanya untuk manusia sahaja.


1.4) Contoh Kesalahan.


  • "Perlawanan petang ini penting untuk kami," kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih. (salah)
  • "Perlawanan petang ini penting untuk kita," kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih. (betul)


Analisis :
Kami bererti "saya dan dia" apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang kita ajak bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti "anda dengan saya" atau "anda dengan kami". Orang yang kita ajak bercakap disertakan.

2 Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan

Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Kata bilangan digunakan untuk menghitung sesuatu. Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis iaitu :

  1. Kata bilangan tentu seperti dua, tiga, seratus, seribu dan sebagainya.
  2. Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, segala, semua dan sebagainya.
  3. Kata bilangan pisahan seperti setiap dan tiap-tiap.
  4. Kata bilangan pecahan seperti suku, setengah, tiga perlima dan sebagainya.
  5. Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, berjenis-jenis, kedua-dua, berpuluh-puluh dan sebagainya.
  6. Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.
  7. Kata bilangan tanya iaitu berapa.

2.1) Contoh Kesalahan.


  • Berbagai jenis minuman terhidang di atas meja itu. (salah)
  • Berbagai-bagai (atau Pelbagai) jenis minuman terhidang di atas meja itu. (betul)

Analisis :

Kata bilangan berbagai tidak sempurna bentuknya. Gunakan berbagai-bagai
atau pelbagai.

2.2) Contoh Kesalahan.


  • Setengah orang masih tidak memahami Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. (salah)
  • Setengah-setengah (atau Sesetengah) orang masih tidak memahami Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. (betul)

Analisis :

Kata bilangan setengah tidak boleh disingkatkan kerana maknanya separuh atau seperdua.

 
3. Kesalahan dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk kata nama atau benda konkrit. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama dengan kata bilangan yang tertentu seperti para, segala, sekalian, semua, sebahagian, setengah, dan sebilangan. Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

3.1) Contoh Kesalahan



  • Atlit itu mempunyai sebuah cita-cita untuk mendapat pingat emas. (salah)
  • Atlit itu mempunyai cita-cita untuk mendapat pingat emas. (betul)

Analisis :

Penjodoh bilangan hanya boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan konkrit.

 

3.2) Contoh Kesalahan.


  • Setiap orang warga negara perlu menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara. (salah)
  • Setiap warga negara perlu menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara. (betul)

Analisis :
Penjodoh bilangan hanya boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan konkrit.

Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga, sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap, antara.

3.3) Contoh Kesalahan

  • Pertunjukan itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan. (salah)
  • Pertunjukan itu dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kelulusan. (betul)

Analisis :
Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi. Kata kerana
yang tergolong dalam kelas kata hubung tidak boleh diletakkan selepas kata sendi olehJadi gunakan frasa nama sebab.

3.4) Contoh Kesalahan.

  • Dia berlari daripada rumah ke kedai. (salah)
  • Dia berlari dari rumah ke kedai. (betul)

Analisis :

Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa, tempat dan arah manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan dan menunjukkan keanggotaan.

3.5) Contoh Kesalahan.

  • Pinggan itu dihempaskannya kepada lantai. (salah)
  • Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. (betul)

Analisis :
Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidak bernyawa, sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak kecuali masa.

  1. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Kerja

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Objeknya mestilah frasa nama. Semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan me.

5.1) Contoh Kesalahan.


  • Dia suka baca buku. (salah)
  • Dia suka membaca buku. (betul)
  • Ahmad tendang bola itu. (salah)
  • Ahmad menendang bola itu. (betul)

Analisis :

         Kata kerja transitif yang berawalan me-,-ter-, atau ber- tidak boleh                           ditiadakan awalannya.

5.2) Contoh Kesalahan.


  • Dia menghadiahkan saya sebentuk cincin. (salah)
  • Dia menghadiahi saya sebentuk cincin. (betul)
  • Hakim menjatuhi hukuman mati kepada penjahat itu. (salah)    
  • Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada penjahat itu. (betul)
  • Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman mati. (betul)

Analisis :

Akhiran -kan dan -i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja transitif tetapi fungsi kedua-duanya berbeza sama sekali. Akhiran -i menyatakan makna bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -i itu tidak bergerak. Akhiran -kan pula menyatakan bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -kan itu bergerak dari tempatnya ke arah lain.


  1. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Hubung

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa dalam ayat gabungan atau ayat pancangan. Contoh kata hubung ialah kerana, supaya, jika, kalau, asalkan, walaupun, sungguhpun, sambil, sebelum, semenjak, sampai, apabila, manakala, setelah, dan, serta, lalu, tetapi, melainkan, dan kecuali.

6.1) Contoh Kesalahan


  • Siti menangis bila mendengar berita itu. (salah)
  • Siti menangis apabila mendengar berita itu. (betul)

Analisis :

        Kata bila merupakan kata tanya. Gunakan kata hubung apabila.


6.2) Contoh Kesalahan.

  • Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq sebab Iraq menyerang Kuwait. (salah)
  • Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq kerana Iraq menyerang Kuwait. (betul)

Analisis :
Kata sebab tergolong dalam kelas kata nama dan oleh itu tidak sepatutnya digunakan sebagai kata     hubung. Kata hubung yang sesuai ialah kerana. Jika kata sebab hendak anda gunakan, maka kata itu perlu disertai kata sendi oleh, lalu menjadi frasa sendi oleh sebab.


  1. Kesalahan dari Segi Perbendaharaan Kata

Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi kerana kesalahan ejaan. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu, ada beberapa kata yang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Selain itu, ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan hanya dalam konteks ayat yang tertentu saja dengan berdasarkan makna kata tersebut.

Senarai Kata yang Sering Disalahgunakan

  1. Adakah dan Apakah
    Kedua-dua kata tersebut adalah kata tanya. 
    Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
    Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan nama binatang, nama benda, keterangan tentang sesuatu (seperti sebab) dan untuk menanyakan sesuatu yang tidak khusus.

  2. Contoh :
    1. Adakah benar cerita Ahmad itu ?
    2. Adakah dia datang semalam ?
    3. Adakah betul jawapan itu ?
    4. Adakah saudara bermimpi ?
    5. Apakah binatang yang berleher panjang itu ?
    6. Apakah sebab berlakunya kegawatan ekonomi ?
    7. Apakah judul buku yang baru kamu beli itu ?

  1. Ahli dan Anggota
    Kata ahli bererti orang yang mahir atau faham benar dalam sesuatu bidang.
    ( ahli bahasa, ahli politik, dan lain-lain lagi)
    Kata anggota pula bererti bahagian tubuh dan orang yang masuk dalam sesuatu kumpulan atau golongan.


Contoh :

  1. Mereka sangat ahli dalam bidang pembedahan.
  2. Prof. Dr. Abdullah Hassan dan Prof. Dr. Nik Safiah boleh digolongkan sebagai ahli bahasa.
  3. Anggota badanku lemah sekali hari ini.
  4. Saya sudah menjadi anggota Persatuan Bulan Sabit Merah.

  1. Boleh dan Dapat

Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
Kata dapat pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
Contoh :

  • Saya tidak boleh masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual.
  • Saya tidak dapat memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi.
  • Adik saya baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah dapat memandu kereta.
  • Walaupun adik saya sudah dapat memandu kereta, tetapi ia belum boleh memandu kereta di jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas tahun.
  • Walaupun sudah tua, Pak Samad dapat mendaki gunung Kinabalu itu.
  • Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak boleh menyertai pertandingan bola sepak itu.

  1. Ialah dan Adalah

Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama.
Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh :
  1. Bandar Shah Alam ialah ibu negeri Selangor.
  2. Abdullah Munsyi ialah pengarang buku Hikayat Abdullah.
  3. Berita yang dilaporkan oleh pegawai itu adalah benar.
  4. Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan itu adalah untuk murid yang cemerlang dalam pelajaran.

  1. Golong dan Gulung


    Golong bererti membahagi-bahagi dalam beberapa kumpulan
    Gulung bererti barang yang berhelai-helai atau berutas-utas yang berbentuk panjang bulat sebagai akibat digulung.


    Contoh : 
    1. Sudah menjadi kebiasaan Pak Mat menggulung rokok daun nipah sebelum tidur.
    2. Golongan petani sering tertindas.
    3. Mereka tergolong dalam orang yang bernasib baik.
    4. Tikar mengkuang itu digulungnya dengan berhati-hati.

  1. Pengairan dan Perairan

Pengairan bererti perihal mengairi kawasan pertanian.
Perairan bererti laut yang termasuk dalam kawasan atau wilayah sesebuah negara.

Contoh :
  1. Kapal penyeludup itu tertangkap di perairan Malaysia.
  2. Sistem pengairan yang baik perlu untuk meningkatkan hasil pertanian.
  1. Penempatan dan Petempatan

Penempatan bererti perihal menempati atau menempatkan.
Petempatan bererti kawasan yang menempatkan.

Contoh :
  • Penempatan orang-orang pelarian Bosnia diurus oleh pihak ABIM.
  • Kawasan petempatan orang-orang Asli di Bukit Lanjan akan dibangunkan.

  1. Jemput dan Undang

Jemput bererti perbuatan pergi menyambut.

Undang pula bererti perbuatan memanggil atau mempersilakan orang menghadiri majlis, perayaan, pertemuan dan sebagainya.

Contoh :
  • Kami sekeluarga akan menjemput kakak di lapangan terbang.
  • Saya akan mengundang teman-teman untuk makan malam di rumah saya.
  • Kad undangan perkahwinan saudara telah saya terima.
  • Setiap hari Ani dijemput oleh ayahnya dari sekolah.

         Bacaan Tambahan

  1. Nik Safiah Karim (1990). Tatabahasa Dewan : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  2. Awang Sariyan (1986). Kunci Bahasa Malaysia : Sasbadi Sdn. Bhd, Petaling Jaya.
  3. Abdullah Hassan (1993). Tatabahasa Pedagogi : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
  4. Abdul Hamid Mahmood ((1992). Ayat Pasif Bahasa Melayu : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

KOSA KATA

1. Berbimbing
Takrif : Ada yang memimpin
Ayat : Seorang ibu tua telah datang berbimbing ke pusat pembuangan undi.


TATABAHASA

KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)

digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:

(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama

(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua

(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga

SASTERA

PANTUN NASIHAT

Patah jarum dalam peti,
Buat menjahit kain bertimbun;
Nasihat sepatah kurang dimengerti,
Rupanya penawar beribu tahun.