RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                                       :           23 Februari 2014
Tahun                                       :           2 Al-Khawarizmi
Bil. Murid                                 :           24 orang
Masa                                        :           9.00 pagi – 10.00 pagi
Mata Pelajaran                       :           Bahasa Malaysia
Tema                                       :           Pertanian
Tajuk                                        :           Buah-buahan Tempatan

Standart Kandungan :
4.1       Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Standart Pembelajaran :
4.1.1   Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :
1. Menyebut seni kata dengan jelas melalui nyanyian.
2. Menulis nama buah-buahan dengan tulisan yang kemas.
3. Menyusun gambar susun suai dengan betul.

Sistem Bahasa
·         Kosa Kata                               :           manis, makan

P          Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum
·         Ilmu                                          :           Muzik, matematik,
·         Nilai murni                               :           Bersyukur, kerjasama, berdisiplin                 
·         Kreativiti                                  :           Imaginasi dan Visualisasi

Strategi
·         Kemahiran Berfikir                  :           Menjana idea, penyoalan, menyusun  gambar                                                                                    susun suai, menghubungkait dengan                                                                pengalaman
·         Kecerdasan Pelbagai              :          Verbal linguistik, Visual ruang, muzik, kinestatik
·         Kemahiran Belajar Cara Belajar :     Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang                                                                  jenis buah-buahan tempatan.

Bahan Bantu Belajar            :
·         - Kad bergambar semasa set induksi
·         - Lembaran kerja
·        -  Video dan lirik lagu ‘Buah-buahan Tempatan’
·         - Gambar susun suai (jigsaw puzzle) untuk aktiviti permainan bahasa
·         - Kad teka-teki untuk permainan bahasa
·         - Memancing hadiah misteri untuk murid yang berjaya melaksanakan tugasan paling pantas
·         - Pembesar suara
·         - Komputer riba
·        -  LCD

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah melihat, makan atau mendengar dari media massa mengenai buah-buahan tempatan.




Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(5 minit)


Kad bergambar

1. Murid melihat kad gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid diminta menamakan apa yang mereka lihat dalam gambar.
3.  Murid bersoal jawab dengan guru mengenai gambar tersebut.
4. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk yang hendak diajar.


BBB:
Kad Bergambar
KB:
Penyoalan, menjana idea

Nilai murni:
Kesyukuran

Langkah 1
(10 minit)


Tayangan video dan lirik lagu:
(Buah-buahan tempatan)

 Lagu : Buah-buahan Tempatan

B betik
C ciku
D duku dan durian
Lalalalalalalalalalala
Marilah kita makan

J jambu
L langsat
M mempelam dan manggis



1. Guru menayangkan video dan lirik lagu kepada murid-murid.

2. Murid melihat seni kata lagu yang dipaparkan di skrin.

3. Murid menyebut seni kata lagu dengan jelas secara kelas, berkumpulan dan individu.



SK : 4.1
SP : 4.1.1
OBJ : 1

BBB:
Tayangan Video dan Lirik Lagu

KP:
Verbal Lingusitik

Ilmu: Muzik

Nilai murni:
Kesyukuran

Langkah 2
(15 minit)

Nyanyian dan menulis nama buah:

 Lagu : Buah-buahan Tempatan

B _________
C _________
D _________
Lalalalalalalalalalala
Marilah kita makan


J __________
L __________
M _________ dan
 _________
Lalalalalalalalalalala
Rasanya sungguh manis

1. Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.

2. Murid diminta menyanyikan seni kata lagu dengan jelas secara kelas, kumpulan dan individu.


3. Murid diminta menulis nama buah-buahan yang terdapat dalam seni kata lagu.

SK : 4.1
SP : 4.1.1
OBJ : 2

BBB:
Tayangan Video dan Lirik Lagu

KP:
Visual

Ilmu:
Muzik

Nilai murni:
Kesyukuran


Langkah 3
(20 minit)


Permainan bahasa:
Gambar susun suai (jigsaw puzzle) dan memancing hadiah misteri

Permainan teka-teki:
- berkumpulan (4 orang)


1. Guru membahagikan murid-murid dalam empat kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan satu set gambar susun suai dan kad teka-teki.

3. Setiap kumpulan mempunyai soalan teka-teki yang berbeza. 

3. Murid-murid dalam kumpulan cuba menyelesaikan teka-teki yang diberikan seterusnya menyusun gambar susun suai yang mereka perolehi.

4. Kumpulan yang dapat menyiapkan teka-teki dan menyusun gambar susun suai dengan pantas akan mendapat peluang untuk memancing hadiah misteri yang berada di dalam botol.

SK : 4.1
SP : 4.1.1
OBJ : 3

BBB:
Gambar susun suai, kad teka-teki, memancing hadiah misteri

KB:
Menjana idea

KP:
Visual ruang

Nilai murni:
Kerjasama


Langkah 4
(5 minit)


Lembaran kerja:








1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid.

2. Murid-murid diminta melengkapkan perkataan berdasarkan gambar pada lembaran kerja.

3. Guru akan membimbing dan membetulkan jawapan yang salah.


SK : 4.1
SP : 4.1.1
OBJ : 2

BBB:
Lembaran kerja

Kaedah : Penyoalan

KB:
Menjana Idea, menyelesaikan masalah

Nilai murni:
Kejujuran

Penutup
(5 minit)


Rumusan isi pelajaran

Contoh soalan:
Apakah nilai murni yang kamu pelajari pada hari ini?


1. Murid-murid menyanyikan lagu “Buah-buahan tempatan” bersama-sama guru.

2. Guru merumuskan pembelajaran pada hari tersebut.

BBB:
Tayangan Video, Lirik Lagu

KP:
Kinestatik
Verbal linguistik

Nilai murni:
Kerjasama

No comments:

Post a Comment

KOSA KATA

1. Berbimbing
Takrif : Ada yang memimpin
Ayat : Seorang ibu tua telah datang berbimbing ke pusat pembuangan undi.


TATABAHASA

KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)

digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:

(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama

(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua

(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga

SASTERA

PANTUN NASIHAT

Patah jarum dalam peti,
Buat menjahit kain bertimbun;
Nasihat sepatah kurang dimengerti,
Rupanya penawar beribu tahun.